11/29/2010

Si Buah Hatiku

Aku sudah jarang menulis.

Kenapa?

Hidup aku sudah ada pada tahap optimum yang aku mau. Aku sudah ada kerja tetap, sudah ada buah hati paling cun, dan sokongan yang tak berbelah bagi dari keluarga dan kawan-kawan. Jadi tak perlu lah aku gunakan blog ini sebagai penunjuk perasaan marah lagi. Memang tak perlu aku nak menentang apa-apa pun sekarang ni. Sebenarnya ada juga ura-ura nak menukar nama blog ni dari ://tentang kepada ://jiwang.

Ah sedang aku membelek-belek blog si buah hati,aku ternampak diri sendiri ditag dia.

Alamak maafkan abang, sayang. Abang jarang nak bermain tag-tag ni. Tapi awak kena tau ye, sayang awak sangat-sangat.

Winks.

Dia adalah si buah hati.Dan dia ini bukan.

Tau?

11/01/2010

Siapa Sangka

Baru-baru ni hidup aku berubah; tiada lagi bunyi-bunyi monotone dan teenager angst. Berubah hingga tiada kesan langsung. Apa yang tinggal pada aku sekarang ni boleh dikatakan perubahan yang total dan tiada bersisa.

Punk rock entah ke mana, Justin Bieber entah ke mana.

Ingat lagi tanggal 12 oktober lepas bila aku memberanikan diri dan mengetepikan ego nak minta dia bersama dengan aku.

Habis kaget.

Tapi sekurang-kurangnya dia buat aku tersenyum sampaikan hari-hari aku angaukan dia.



Macam sekarang ni, lena pun dah di wish. Belum breakfast dan lunch lagi.

Oh bahagia do.

10/05/2010

Sekarang Aku Dah Sedar Diri Aku Siapa.



Awak.

Kan saya dah cakap. Saya ni Farid Kamil.

9/22/2010

Pengumuman Awam



Aku seorang yang suka pada binatang. Seperti selalu-selalu aku cerita dekat Cik Halima. Aku juga suka pada kanak-kanak. Itu pula aku selalu cerita pada mak aku. Binatang dan kanak-kanak tak jauh bezanya-- dua-dua ekor tak reti nak duduk diam. Tapi aku masih suka. Selalunya bila aku cakap pasal nak ada anak di samping bela binatang sama mak aku, memang mendapat la aku. Kena tuduh gatai nak kahwin.

Eh, memang la. Umur dah nak masuk 30 tahun. Kau ingat senang ke nak menahan gelojak air naik kepala? Lain la kalau aku getting laid over the weekends kan. Kalau ada yang nak offer tu, chantek jugek.

Ok. Aku suka binatang. Sepanjang umur aku pernah membela macam-macam jenis binatang. Dari kucing, hamster,burung, ikan sehingga lah sebiji telur cicak. Telur cicak ni aku dapat waktu usia aku tak sampai tingkatan satu. Ingatkan apabila ia menetas, kami akan jadi teman baik sama seperti Tarzan dan Cheeta, Mowgli dan Baloo, Laila dan Majnun. Tapi malangnya, bila saja ia menetas ia lari dari aku. Ok lah agaknya. Sekurang-kurangnya aku tau dia selamat. Tak macam binatang peliharaan aku yang lain yang kesudahannya, semua mati.

Binatang peliharaan aku terbaru ialah seekor kucing. Aku namakan dia Si Gila. Baca nama dia pun, kau orang rasa lain kan? Si Gila bukan kucing tipikal. Nak letakkan standard kegilaan dia,setakat berjalan bogel seorang-seorang tu masih dikira normal oleh Si Gila. Bagi aku, Si Gila termasuk dalam golongan 'Pakai Boh'. Mana taknya, dia memang suka hati buat apa yang dia nak yang mana kucing-kucing lain pun tak berani. Punk rock sungguh.

Pernah sekali, dia panjat bumbung untuk mengejar seekor burung dan terjun ke bawah tanpa sebarang luka. Mesti dia rasa best begitu. Bagi aku yang melihat,terlekat air liur kat tengkuk juga lah. Banyak lagi perkara jackass dia buat. Tapi saksinya semua mak aku. Dia pernah bergaduh dengan anjing. Tak padan dengan kurus keding. Oh, diet dia juga kelakar. Dia makan semut. Kalau ada semut melintas, dia akan jilat sampai habis. Kadang-kadang aku akan biarkan dia masuk kereta aku dan menyelesaikan masalah semut dalam kereta aku.

Ya. Kereta aku bersemut sebab aku pakai campak je segala jadah benda aku nak campak dalam tu. Kau ada masalah?

Ok. Sekarang masalahnya, aku dah lama tak jumpa Si Gila sejak balik dari kampung hari tu. Jadi aku letakkan gambar dia kat sini kalau kau orang jumpa dia kat mana-mana. Aku risau, dia tu kan hati kering punya kucing. Kot-kot dia tumpang mana-mana lori pula nak ikut aku balik raya itu hari.

8/16/2010

30 Hari Mencari Saiz Seluar

Sejak balik ke Malaysia setengah tahun lepas, pinggang aku adalah dalam 30 inci. Ketika itu, segak sungguh aku kalau pakai seluar jeans skinny atau yang berpotongan slim fit. Dipadankan pula dengan flannel shirt atau plaid shirt yang colour biru sama kuning-- memang cukup bergaya. Kiranya kalau ada girlfriend pandang aku ketika bersiar di tepi jalan, memang selalunya nyawa dia tak panjang. Samada dia akan terkeluar dari tempat pejalan kaki dan dilanggar lori atau mati ditikam oleh boyfriend sendiri.

Tapi aku sebagai manusia kurus dan bergaya, aku kena tahan composure aku. Diri kena cool, biasa lah benda-benda picisan begini. Aku sedar, jarang perempuan-perempuan ni semua disajikan benda-benda macam ni.

Jadi aku tak salahkan mereka.

Tapi mungkin Tuhan cuba untuk jadikan dunia tempat yang lebih stabil-- berat badan aku mula untuk perlahan-lahan naik. Itupun aku tak salahkan sesiapa; setelah setahun lamanya aku memakan sampah di England, aku abaikan permakanan aku ketika di Malaysia. Ya lah, di Middlesbrough sana mana mau cari nasi lemak, ayam percik, kuih pelita, tepung talam, chicken chop? Sana tu, pizza ada lah. Kalau pizza pizza ni, kat Malaysia pun banyak Pizza Hut.

Dari saiz 30 inci, perlahan-lahan dia menjadi saiz yang kau semua tak dapat bayangkan sekarang ni, 33 inci. Ketika ini, aku terpaksa menahan sebak. Kadang-kadang, aku akan angkat seluar baju lama-lama aku dan menangis teresak-esok.

Oh sedihnya, bodoh.

Sekarang peluang hanya ada sekali, ia tiba dalam bentuk 30 hari. Aku ada berborak dengan seorang makwe lawa ni, Cik Halle nama dia. Rupanya kami mempunyai masalah yang sama, dia putus cinta dia mula untuk makan banyak. Sama la aku pun,walaupun aku lebih kepada membalas dendam terhadap makanan Malaysia.

Jadi kami sama-sama berusaha (lebih kepada perlumbaan) untuk turunkan berat badan. Sebenarnya aku tak berapa kisah berat badan aku, cuma aku ingin untuk kembalikan zaman kegemilangan aku memakai pakaian yang mempunyai potongan. Agak-agak 28 ke 25 inci pinggang jadi lah kan?

Sekarang progres aku agak perlahan berbanding Cik Halle. Dengar cerita, baru 4 hari puasa dah jatuh 4 kg-- sumpah aku kagum. Itu macam, tokey balak pun tutup kedai. Aku dah buat macam-macam untuk menurunkan berat badan. Aku paksa mak aku joging pagi-pagi sama dengan aku, aku ganti oatmeal untuk hidangan nasi aku. Apa la yang tak cukup lagi.

Tapi tak mengapa, kita kena cool. Kalau dia dekat-dekat nak menang nanti, tau la aku belanja makan benda-benda berlemak kat dia. Tengok bontot siapa yang lagi besar nanti.

Haha.

8/07/2010

Aku Cakap Dekat Bos Aku, 'Hidup Adalah Satu Komedi'

Semalam aku tolong Cik Shah Alam bayar yuran pengajian dia di Bank Islam. Dia tak dapat datang sebab dia bekerja. Aku sendiri pun bekerja tapi disebabkan kerja aku boleh mengular-- Aku tawarkan diri.

Dari Kampung Baru, aku ke Shah Alam. Memang aku ada site visit ke UiTM pun bersama CEO aku. Sebenarnya aku hanya boleh pilih satu; CEO atau Cik Shah Alam. Aku ambil keputusan untuk tutup telefon bimbit dan pilih Cik Shah Alam.

Satu tindakan yang bahaya untuk karier aku.

Tapi apa boleh buat. Dia satu-satunya crush aku untuk empat tahun kebelakangan ni. Tapi yang kelakarnya, dia tahu yang aku menyayangi dia, cuma biasa lah-- manusia ada pilihan. Aku tak salahkan dia, mungkin aku yang berlebih-lebih menepuk sebelah tangan.

Sambil-sambil aku menunggu nombor giliran, fikiran aku melayang. Alangkah seronoknya aku dapat buat begini untuk teman wanita aku sendiri. Ya lah, asyik menolong girlfriend orang. Bila nak buat untuk sendiri punya.

Kadang-kadang aku juga terfikir, lama juga tempoh untuk empat tahun tu. Ok, sebenarnya lima tahun. Tapi terpaksa tolak satu tahun sebab aku bersama orang lain untuk tempoh satu tahun.

Tempoh satu tahun tu, aku cuba untuk layan dia hanya sebagai kawan. Tapi bila aku berpisah tahun lepas, aku seakan-akan kembali kepada dia. Dia ada X Factor yang aku minat-- 'she is not normal'.

Tapi bukan lah aku tak berfikir, aku pun ada juga berusaha untuk move on-- cari orang lain yang aku boleh ambil pusing tentang hidup dia sambil tu mencintai dia. Cuma selepas aku berpisah bulan November lepas, aku ralat pula untuk memulakan perhubungan yang baru.

Aku ada keluar dengan gadis-gadis. Cuma kadang-kadang bila ada yang aku tertarik,mereka jual mahal. Akhirnya aku terpaksa mengalah. Mungkin sebab aku dah tua atau aku sudah serik ditolak. Susah sebenarnya nak mulakan satu yang baru.

Tak apa lah. Buat masa ni, selagi tak ada girlfriend lain-- aku cuba buat orang lain bahagia.

Dapat pahala.